Friday, August 31, 2007

Selamat Hari Jadi, Malaysia

Hari ini, 31 Aug 2007, Malaysia menyambut hari jadi yang ke-50.

Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan di negara ini.

Keranamu Malaysia, saya dapat belajar tiga bahasa dan menulis blog ini dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Keranamu Malaysia, saya berkenal kawan-kawan dari negeri lain yang masing-masing mempunyai kebudayaan yang unik.

Keranamu Malaysia, saya dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap>>Sate, Otak-otak, Penang Laksa, kuih muih, nasi lemak, roti canai, teh tarik, neslo ais, Ramli Burger... ...

Keranamu Malaysia, saya berpeluang melawat ke tempat-tempat ini>> Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Bandar Bersejarah Melaka, padi sawah di Kedah, Batik di Kelantan... ...

Keranamu Malaysia.

"Jalur Gemilang"
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah
Jalur gemilang

No comments: